Wednesday, April 16, 2008

Dugaan

"Assalammualaikum Mira. Saya nak awak tenang ya. Naz kemalangan kat Sydney malam tadi. Saya baru dapat mesej dari papa dan uncle. Dia kat ICU. Saya tak pasti keadaan sebenar dia. Saya tunggu papa reply."

Pesanan ringkas yang diterima pagi tu cukup padat ... Mira terduduk ... Lemah tubuh begitu terasa .... Gelap pandangan mata ...

"Ya ALLAH .... dipagi tahun baru Hijrah ini .... aku mohon .... tabahkanlah hatiku ...." doa Mira dalam hati. Airmata mula mengalir di pipi ... Riak-riak keresahan mula kelihatan ...

Dia cuba untuk berdiri ... namun masih tak berdaya ... Mujur dia menerima pesanan ringkas itu sebaik sahaja dia memberi salam solat Subuhnya ... Apa yang mampu dilakukannya saat ini hanyalah berdoa ... Moga Nazireen selamat.

Mira cuba menghubungi Adila, namun panggilannya tidak berjawab.

"Ke mana Adila?" Tanya Mira sendirian. Mira mencuba lagi. Dalam kekaburan .... ditambah dengan genangan airmata yang masih bersisa, Mira mendail nombor Adila ... Keadaan masih sama ... Adila masih tidak menjawab di hujung sana.

No comments: