Sunday, April 20, 2008

100 hari

20 April 2008 - genap 100 hari semua ini terjadi.

Tanpa diduga, pagi itu Nazireen muncul di hadapan Adilla. Tanpa mengetuk pintu, Nazireen terus menjengukkan mukanya di muka pintu. Adilla sedikit terkejut. Orang mati hidup kembali ??? Mustahil.

Nazireen tersenyum. Seakan mengetahui apa yang ada difikiran Adilla saat itu. Tapi bagi Adilla, senyuman itu menambah rasa bencinya pada lelaki itu. Pada Nazireen. Kerana Nazireen, Adilla kehilangan seorang teman.

No comments: