Tuesday, June 3, 2008

Tabahlah Hati


Duhai hati ...
tabahlah ... 
jangan ingkari janji
yang engkau persetujui
sebelum kakimu
melangkah pertama kali
ke dunia realiti

Duhai hati ...
tabahlah ...
sesungguhnya 
semua ini
telah kau maklumi
sedari azali

Duhai hati ...
tabahlah ...
jangan menolak
semua yang terjadi
kerana ini semua
untuk menguji
keyakinanmu

Duhai hati ...
tabahlah ...
semua ini pasti berakhir
yakinlah
itu pasti

-mira-
03-06-2008
2130Hrs

Tuesday, May 20, 2008

Yang Kau Inginkan

Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya....

Andai kau inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya....

Andai kau inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya....

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...
Tapi bersahabatlah kerana Allah..


yang tak sempurna,
-mira-

Sunday, May 4, 2008

Kenyataan Perasaan

"Mira," tutur Nazireen lembut.

"Ya," jawab Mira pendek.

"Sayang," suara Nazireen masih lembut.

"Apa tu?" Soal Mira.

Sunday, April 20, 2008

Hari yang cerah untuk jiwa yang sepi

pagi biar kusendiri
jangan kau mendekat
wahai matahari
dingin hati yang bersedih
tak begitu tenang
mulai terabaikan

hari yang cerah untuk jiwa yang sepi
begitu terang untuk cinta yang mati
ah... ku coba bertahan dan tak bisa

kubu langit kelabuku
tak begitu luas
seperti memudar
kini tak terulang lagi
di hari yang cerah
dia telah pergi

hari yang cerah untuk jiwa yang sepi
ahh... ku coba bertahan dan tak bisa
ahh... mencoba melawan ku lepas
hari yang cerah untuk jiwa yang sepi...
begitu terang untuk jiwa yang mati

ahh... kucoba bertahan dah tak bisaahh...
mencoba melawan ku lepas
semua telah hilang ....
semua telah ....

-peter pan-

100 hari

20 April 2008 - genap 100 hari semua ini terjadi.

Tanpa diduga, pagi itu Nazireen muncul di hadapan Adilla. Tanpa mengetuk pintu, Nazireen terus menjengukkan mukanya di muka pintu. Adilla sedikit terkejut. Orang mati hidup kembali ??? Mustahil.

Nazireen tersenyum. Seakan mengetahui apa yang ada difikiran Adilla saat itu. Tapi bagi Adilla, senyuman itu menambah rasa bencinya pada lelaki itu. Pada Nazireen. Kerana Nazireen, Adilla kehilangan seorang teman.

Friday, April 18, 2008

Hanya Kau Yang Mampu

kucuba redakan relung hati
bayangmu yang berlalu pergi
terlukis di dalam kenangan
bebas bermain dihatiku

cerita tentang masa lalu
cerita tentang kau dan aku
kini tinggal hanya kenangan
kau abadi di dalam hatiku

harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
membuat ku terpuruk rasa ingin mati
cerita yang mendera kapan akan berakhir
hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

cerita tentang masa lalu
cerita tentang kau dan aku
kini tinggal hanya kenangan
kau abadi di dalam hatiku

harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
membuat ku terpuruk rasa ingin mati
cerita yang mendera kapan akan berakhir
hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

aku cinta ooohhhhh
aku cinta ooohhhhh
aku cinta ooohhhhh
aku cinta ooohhhhh

harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
membuat ku terpuruk rasa ingin mati
cerita yang mendera kapan akan berakhir
hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

aku cinta ooohhhhh
aku cinta ooohhhhh
aku cinta ooohhhhh
aku cinta ooohhhhh

hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

-azat-

Thursday, April 17, 2008

Nadia

"Mira, tolong beri Naz peluang," tutur Nazireen lembut.

Telah banyak kali Nazireen meluahkan hasrat hatinya. Nazireen ingin hubungan mereka lebih rapat lagi. Tapi, tiap kali itu juga Amira akan mengutarakan soalan yang sama.

"Nadia macam mana?"

"Mira, dah berapa Naz beritahu Mira. Naz dan Nadia, tak ada apa-apa hubungan. Kami sekadar kawan biasa saja." Itu jugalah jawapan yang diberikan oleh Nazireen. Sabar betul Nazireen melayan karenah Amira.

"Tapi, Mira tengok layanan Nadia pada Naz lain macam. Tak macam kawan biasa pun."

"Mira tak percayakan Naz?"

"Tak percaya? Tak percaya apa?"

"Tak percaya yang Naz memang tak ada sebarang hubungan dengan Nadia selain teman biasa."

"Entah."

"Kenapa entah pula. Mira tak yakin dengan Naz?"

"Kenapa Mira tak yakin dengan Naz?" Amira mula menakal. Menjawab soalan Nazireen dengan soalan. Amira memang nakal.

"Mira!"

"Ya, Mira kat sini saja. Tak perlu Naz nak jerit-jerit."

"Boleh tak jangan buat pada Naz macam ni?"

"Buat apa?"

"Tengok tu."

"Tengok apa?"

"Mira!"

"Betulkan, apa yang nak Mira tengok?"

"Boleh tak kalau, Mira jawab soalan Naz bukan dengan soalan?" Amira hanya tersengih. Berjaya menyakat Nazireen lagi hari ini.

"Mira." Suara Nazireen mula kendur kembali.

"Ya." Amira menjawab ringkas.

"Naz jumpa Mira, bukan nak cerita tentang Nadia. Boleh tak jangan sebut nama Nadia lagi?"