Thursday, April 17, 2008

Bukan Di Sini

verse 1
tiba masa untuk ku pergi
melangkah pergi dari sini
tak terlintas di hati ini
untuk menyakiti hatimu lagi

*verse 2
kau tetap di hati
tiada pengganti
maafkanlah kasih
tempatku bukan disini

*chorus
bisakah kau berdiri
tanpaku disisi mu lagi
bisakah kau sendiri
mengubati luka di hati


repeat *verse 1
repeat *verse 2
repeat *chorus 4x

-sofaz-

Wednesday, April 16, 2008

Pesan

"Dilla, kalau apa-apa jadi pada aku ... kau tolong bagi ini pada Naz yer," Amira menghulurkan sebuah journal.

"Apa kau cakap ni Mira?"

"Kenapa kau tak bagi sendiri?"

"Dilla, aku takut tak sempat jumpa Nazireen."

"Mira ... kenapa cakap macam ni?"

"Entahlah ... aku dapat rasa ... aku ... aku macam takkan dapat jumpa Nazireen." Tatkala itu ... air mata Amira turut mengalir.

"Mira .... kenapa ni?" Adilla panik ... Kenapa dengan Amira ???

Dugaan

"Assalammualaikum Mira. Saya nak awak tenang ya. Naz kemalangan kat Sydney malam tadi. Saya baru dapat mesej dari papa dan uncle. Dia kat ICU. Saya tak pasti keadaan sebenar dia. Saya tunggu papa reply."

Pesanan ringkas yang diterima pagi tu cukup padat ... Mira terduduk ... Lemah tubuh begitu terasa .... Gelap pandangan mata ...

"Ya ALLAH .... dipagi tahun baru Hijrah ini .... aku mohon .... tabahkanlah hatiku ...." doa Mira dalam hati. Airmata mula mengalir di pipi ... Riak-riak keresahan mula kelihatan ...

Dia cuba untuk berdiri ... namun masih tak berdaya ... Mujur dia menerima pesanan ringkas itu sebaik sahaja dia memberi salam solat Subuhnya ... Apa yang mampu dilakukannya saat ini hanyalah berdoa ... Moga Nazireen selamat.

Mira cuba menghubungi Adila, namun panggilannya tidak berjawab.

"Ke mana Adila?" Tanya Mira sendirian. Mira mencuba lagi. Dalam kekaburan .... ditambah dengan genangan airmata yang masih bersisa, Mira mendail nombor Adila ... Keadaan masih sama ... Adila masih tidak menjawab di hujung sana.

Tanah Kubur

Kawasan perkuburan tu sunyi sepi ... Adila dan Nazireen melangkah perlahan ... Di hadapan mereka ... kelihatan tanah yang masih merah ... menandakan ... penghuninya baru saja disemadikan di situ ...

Nazireen tidak dapat bertahan .... Rasa sayu dalam diri terluah jua .... Dia menangis di situ ... sungguh sayu ... Adila hanya membiarkan Nazireen begitu ...

"Kenapa tak bagi tahu aku Dila?"

"Kenapa kau buat semua ni?" Adilla membalas soalan Nazireen dengan soalan.

Nazireen memandang Adila ... merenungnya dengan pandangan yang keliru.

"Apa maksud kau?"

Monday, April 14, 2008

Gawat

Suara Adila ... terdengar sayup .... seperti memanggil namanya.

Aku di mana ??? Mira tertanya sendirian. Objek di depan matanya kelihatan berbalam-balam, tidak jelas ...

"Mira, wake up!!! Wake up, Mira !!!," Adila ... masih seperti tadi ... memanggil-manggil nama Amira ... Namun ... tiada jawapan ...

Air mata yang tumpah ... tak terkira ... Adila tidak menyangka semua ini akan menjadi sebegini rumit ... Adila bingung ...

Troli yang membawa Amira terus dibawa ke bilik kecemasan. Tiba di pintu itu, Adila ditahan. Dia tidak dibenarkan masuk. Para petugas yang ada di situ kelihatan sibuk sekali ... Cuma menyelamatkan Amira. Doktor Azlan juga kelihatan bergegas masuk ke bilik itu ....

Adila terduduk di depan pintu itu ... Seluruh tubuhnya lemah sekali ... Dia memang tidak menduga ... segalanya berlaku amat pantas ...

mula

nak mula ??? dari mana ??? bagaimana ???